Wednesday, April 16, 2014

KUAT

Posted by Cik Dania at 10:43 PM
Kita ada pilihan. Kalau kau pilih untuk disakitkan, kau hadap. Kalau kau pilih untuk meninggalkan, kau kena kuat. Kau kena.

Ayat ni berulang kali aku tatap, aku tatap sambil otak aku berputar ligat memikirkan sesuatu.
sesuatu yang bernyawa. Bernyawa dan amat aku sukar untuk lepas pergi walalupun berulang kali aku cuba. kadang-kadang kita terlalu fikirkan orang yang sebenarnya langsung tak pernah kisah akan kita. tapi ialah..manusia..susah macam mana pun, nak juga hadap. sakit macamna pun masih juga nak bertahan. aku taip benda ni berbekalkan kesakitan yang ada. sakit di mana? sakit teramat. di hati. yaa. hati ini sakit. tapi aku kena kuat. sebab aku masih mahu mencuba. mencuba benda yang aku tak tahu berbaloi atau tidak untuk aku terus berpaut. kenapa susah sangat nak kikis perasaan ni. kenapa? kenapa aku jebakkan diri aku dulu dalam semua ni? yaa. aku boleh saja terus ajukan pertanyaan. sebearapa banyak aku mahunamun untuk rungkaikan jawapan. aku tak mampu. Jadi apa yang aku boleh buat adalah hadap benda ni sampai aku rasa aku dah tak boleh dah.

Benda lalu, benda lalu banyak ajar aku. walaupun melepaskan itu tak semudah yang di sangka, namun di kala ketidakmampuan aku itu, aku masih kuat untuk menuturkan kata-kata keramat itu. siapa yang mahu terus bertahan dalam kebohongan? siapa? cuba bagitahu aku? dan bila kau dah dapat bongkar kebohongan itu hati kau macam di ranap. musnah. jahanam. pilu. perit. semua aku rasa. perasaan bila kau dah beri yang terbaik tapi di balas tahi sebegitu amatlah menusuk ke dalam ruang yang paling dalam di hati. sakit yang tak dapat dirungkai. luar nampak gagah. namun air mata tak dapat di tahan, lalu tumpah jua di balik tabir pancaindera ini. 

ini kah yang harus ku terima Tuhan? Ya Allah..

Lalu seiring itu aku semudah itu memberi kemaafan. nampak mudah bukan? nampak semacam aku mudah snagat memberi muka untuk di pijak sekali lagi. Ia. sejujurnya aku tidaklah sekuat mana. aku juga insan biasa. aku masih berharap akan ada keajaiban. 

Namun masih layakkah aku Tuhan atas segala nikmat bahagia mu itu?


Jika kesakitan ini adalah permulaan bagi kebahagian yang aku kecapi kelak. kau ujilah aku semampuku. agar aku bisa cukup bersyukur untuk apa yang akan ku kecapi kelak.

Amin amin ya rabb.



0 comments:

Post a Comment

 

Who says?? ITS ME. Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei